Diploma Sains Pertanian

Tempoh Pengajian

3 Years

Yuran Pengajian

Rm 22, 000 (Estimated)

Lokasi

Kolej Universiti Agrosains Malaysia Lot 2020, Ayer Pa'abas, Alor Gajah 78000 Melaka Malaysia

Objektif Program:

Diploma Sains Pertanian melahirkan sumber manusia terlatih dalam bidang pertanian bagi memenuhi permintaan dasar Negara.

Program ini akan mendedahkan pelajar kepada latihan secara hands-on seperti pengeluaran makanan, ICT, teknologi pengeluaran, tanaman industri, industri pertanian, teknologi lepas tuai, kemampanan pertanian, dan pengurusan. Pelajar juga dikehendaki untuk mengendalikan dan menguruskan projek pertanian dan praktikal yang melibatkan tanaman, penuaian dan pemasaran berperingkat semasa pengajian.

Syarat Kelayakan:

  • Lulus SPM/SPMV atau setaraf – 3 kepujian – BM, salah satu subjek Sains dan satu matapelajaran lain serta lulus BI dan Matematik ; ATAU
  • Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
  • Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
  • Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) matapelajaran; DAN program pengukuhan (jika perlu); ATAU
  • Lulus Sijil Kolej Komuniti setara Tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan; DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) matapelajaran; DAN program pengukuhan (jika perlu); ATAU
  • Lulus Sijil (Tahap 3 MQF) dengan mendapat CGPA 2.0 dalam bidang berkaitan; ATAU
  • Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam satu (1) matapelajaran; ATAU
  • Lulus STAM pangkat Maqbul; ATAU
  • Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

Struktur Pengajian:

Klik di sini

Prospek Kerjaya:

  1. Penolong pengawai RISDA / Jabatan Pertanian / FELDA / KADA / MADA
  2. Penolong pengawai Perikanan LKIM / Jabtan Perikanan
  3. Penolong pengurus Ladang Pertanian / Ternakan
  4. Pnolong penasihat Industri Pertanian
  5. Penolong penasihat syarikat perladangan
  6. Pengusaha Ladang Pertanian / Ternakan
  7. Penolong Pengurus syarikat Landskap dan Nuseri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *