Diploma Perniagaan Tani

Tempoh Pengajian

3 Years

Yuran Pengajian

Rm 17, 000 (Estimated)

Lokasi

Kolej Universiti Agrosains Malaysia Lot 2020, Ayer Pa'abas, Alor Gajah 78000 Melaka Malaysia

Objektif Program:

Program ini bertujuan melahirkan graduan untuk memenuhi keperluan industri perniagaantani yang memerlukan kemahiran pengurusan selari dengan kemahiran teknikal mengenai pengeluaran, pemprosesan, pengoperasian dan pengedaran produk berasaskan pertanian. Kurikulumnya menggabungkan aspek-aspek teknikal sains pertanian dengan perniagaan dan pengurusan supaya graduan berkeupayaan memahami dan mengaplikasi ilmu di bidang ini untuk mencari peluang dalam menjana pendapatan dalam bidang perniagaan yang berasaskan pertanian.

Syarat Kelayakan:

  • Lulus SPM/SPMV atau setaraf – kepujian dalam tiga (3) matapelajaran serta lulus Prinsip Akaun atau Matematik; ATAU
  • Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
  • Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
  • Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) matapelajaran; DAN program pengukuhan (jika perlu); ATAU
  • Lulus Sijil Kolej Komuniti setara Tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan; DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) matapelajaran; DAN program pengukuhan (jika perlu); ATAU
  • Lulus Sijil (Tahap 3 MQF) dengan mendapat CGPA 2.0 dalam bidang berkaitan; ATAU
  • Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam satu (1) matapelajaran; ATAU
  • Lulus STAM pangkat Maqbul; ATAU
  • Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

Struktur Pengajian:

Klik di sini

Prospek Kerjaya:

  1. Penolong Pegawai Hal Ehwal Ekonomi (Berasaskan Pertanian)
  2. Penolong Pegawai/Pengurus Organisasi (Berasaskan Pertanian)
  3. Usahawan(Berasaskan Pertanian)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *