Diploma Pengurusan Lanskap

Length of Study

3 Years

Yuran Pengajian

Rm 15,100 (Estimated)

Location

Kolej Universiti Agrosains Malaysia Lot 2020, Ayer Pa'abas, Alor Gajah 78000 Melaka Malaysia

Objektif Program:

Program Diploma Pengurusan Landskap ini dibentuk bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam bidang pembangunan dan pengurusan landskap yang terlatih dan berkemahiran dalam menguruskan hal-hal berkaitan projek landskap.

Kurikulum program yang dibentuk adalah seimbang antara pengetahuan teori serta amali pratikal di tapak. Para pelajar diberi pendedahan kepada pengetahuan pengurusan landskap yang lengkap dari pelbagai aspek seperti sains tanah, kawalan perosak tanaman landskap, pembinaan landskap dan rekabentuk landskap, keusahawanan, perakaunan, pembiakan tanaman dan pengurusan nursery, teknologi landskap dan sebagainya. Ia dilengkapi dengan program ko-kurikulum dan kemahiran insaniah bagi membentuk pelajar yang mempunyai sahsiah diri yang tinggi serta menanam sifat kepimpinan. Ia mewujudkan lebih banyak bidang pekerjaan khusus dalam industri landskap seiring dengan hasrat negara untuk menghijaukan persekitaran.

 

 

Syarat Kelayakan:

  • Lulus SPM/SPMV atau setaraf – 3 kepujian – BM dan dua (2) matapelajaran lain serta lulus matapelajaran satu (1) subjek Sains; Matematik atau Prinsip Akaun ; ATAU
  • Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
  • Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
  • Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) matapelajaran; DAN program pengukuhan (jika perlu); ATAU
  • Lulus Sijil Kolej Komuniti setara Tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan; DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) matapelajaran; DAN program pengukuhan (jika perlu); ATAU
  • Lulus Sijil (Tahap 3 MQF) dengan mendapat CGPA 2.0 dalam bidang berkaitan; ATAU
  • Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam satu (1) matapelajaran; ATAU
  • Lulus STAM pangkat Maqbul; ATAU
  • DAN (bagi sub bidang seni bina dan reke bentuk dalam), Lulus matapelajaran Pendidikan Seni/Lukisan Kejuruteraan pada peringkat SPM atau setara; ATAU Lulus ujian portfolio bagi yang gagal atau tidak mengambil matapelajaran Pendidikan Seni

Struktur Pengajian:

Klik di sini

Prospek Kerjaya:

  1. Pengurus Landskap.
  2. Pengurus Nurseri.
  3. Penolong Pengurus Landskap
  4. Penyelia Projek Landskap.
  5. Penolong Arkitek Landskap.
  6. Juruteknik Landskap.
  7. Usahawan Landskap.
  8. Penolong Pegawai Pertanian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *