Diploma Pengurusan Ladang

Tempoh Pengajian

3 Years

Yuran Pengajian

Rm 23, 200 (Estimated)

Lokasi

Kolej Universiti Agrosains Malaysia Lot 2020, Ayer Pa'abas, Alor Gajah 78000 Melaka Malaysia

Objektif Program:

Program Diploma Pengurusan Ladang ini dibentuk bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam bidang perladangan yang terlatih dan berkemahiran dalam menguruskan hal-hal berkaitan.

Kurikulum program yang dibentuk adalah seimbang antara pengetahuan teori serta amali pratikal di ladang. Para pelajar diberi pendedahan kepada pengetahuan pengurusan ladang yang lengkap dari pelbagai aspek seperti sains tanah, kawalan perosak tanaman, entomologi, keusahawanan, perakaunan, landskap, tanaman industri seperti sawit dan getah, tanaman sayuran dan sebagainya. Ia dilengkapi dengan program ko-kurikulum dan kemahiran insaniah bagi membentuk pelajar yang mempunyai sahsiah diri yang tinggi serta menanam sifat kepimpinan.

Syarat Kelayakan:

  • Lulus SPM/SPMV atau setaraf – 3 kepujian – BM dan dua (2) matapelajaran lain serta lulus BI dan Matematik ; ATAU
  • Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
  • Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
  • Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) matapelajaran; DAN program pengukuhan (jika perlu); ATAU
  • Lulus Sijil Kolej Komuniti setara Tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan; DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) matapelajaran; DAN program pengukuhan (jika perlu); ATAU
  • Lulus Sijil (Tahap 3 MQF) dengan mendapat CGPA 2.0 dalam bidang berkaitan; ATAU
  • Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam satu (1) matapelajaran; ATAU
  • Lulus STAM pangkat Maqbul; ATAU
  • Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

Struktur Pengajian:

Klik di sini

Prospek Kerjaya:

  1. Penolong Pengurus Ladang
  2. Penolong Pengawai Pertanian
  3. Penolong Pengurus Estet
  4. Penolong Pengawai Penyelidikan
  5. Penolong Pengawai pemasaran
  6. Penyelia Projek Pertanian
  7. Usahawan Ladang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *