Diploma Pengeluaran Ternakan

Tempoh Pengajian

3 Years

Yuran Pengajian

Rm 23, 200 (Estimated)

Lokasi

Kolej Universiti Agrosains Malaysia Lot 2020, Ayer Pa'abas, Alor Gajah 78000 Melaka Malaysia

Objektif Program:

Program ini direkabentuk bagi melahirkan graduan profesional dalam bidang pertanian secara amnya dan bidang pengurusan ternakan secara khususnya.

Program Diploma Pengeluaran Ternakan ini mempunyai kurikulum pengajian yang merangkumi aspek teori dan juga praktikal. Kurikulum program ini merangkumi semua elemen seperti biologi, kimia, matematik, asas pengeluaran ternakan, teknologi pemprosesan makanan, struktur ladang ternakan, anatomi dan fisiologi ternakan, genetik , pembiakbakaan ternakan, pengurusan ladang ternakan dan pengurusan sisa ternakan. Pelajar juga diberikan pendedahan semasa menjalankan latihan industri selama 14 minggu di agensi luar yang mempunyai kaitan dengan bidang ternakan. Ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar untuk memenuhi kehendak pasaran dalam bidang berkaitan. Melalui kaedah pengajaran yang digunakan boleh memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar dari sudut pemikiran kritis, komunikasi, pembuatan keputusan serta penyelesaian masalah. Jika dilihat setiap kursus yang ditawarkan mengandungi hasil pembelajaran yang berbeza. Tetapi setiap kursus ini melengkapi setiap syarat di dalam hasil pembelajaran.

Syarat Kelayakan:

  • Lulus SPM/SPMV atau setaraf – 3 kepujian – BM, salah satu subjek Sains dan satu matapelajaran lain serta lulus BI dan Matematik ; ATAU
  • Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
  • Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran; ATAU
  • Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) matapelajaran; DAN program pengukuhan (jika perlu); ATAU
  • Lulus Sijil Kolej Komuniti setara Tahap 3 MQF dalam bidang berkaitan; DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) matapelajaran; DAN program pengukuhan (jika perlu); ATAU
  • Lulus Sijil (Tahap 3 MQF) dengan mendapat CGPA 2.0 dalam bidang berkaitan; ATAU
  • Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam satu (1) matapelajaran; ATAU
  • Lulus STAM pangkat Maqbul; ATAU
  • Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

Struktur Pengajian:

Klik di sini

Prospek Kerjaya:

  1. Penolong Pegawai Pertanian
  2. Penolong Pegawai Penyelidik
  3. Usahawan
  4. Penyelia Ladang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *