Diploma Kewangan Islam

Tempoh Pengajian

3 Years

Yuran Pengajian

Rm 22, 600 (Estimated)

Lokasi

Kolej Universiti Agrosains Malaysia Lot 2020, Ayer Pa'abas, Alor Gajah 78000 Melaka Malaysia

Objektif Program:

Program ini dibangunkan dengan matlamat utama untuk menilai secara kritikal dan analitikal semua teori dan prinsip kewangan Islam serta aplikasinya dalam perkembangan terkini dunia kewangan Islam. Kurikulumnya direkabentuk dengan memberi penekanan kepada perkembangan semasa dalam sistem kewangan Islam dan kefahaman mengenai kepentingan dan hubungan dengan sistem kewangan konvensional, undang-undang serta peraturan yang berkaitan dengan isu sosial, politik dan ekonomi dalam pengurusan kewangan Islam. Ia juga meliputi kajian mengenai kewangan dan perbankan Islam dalam semua aspek termasuk takaful, pengurusan dana dan isu-isu yang berkaitan dengan sistem perakaunan Islam.

Syarat Kelayakan:

  • Lulus SPM atau setaraf – 3 kepujian – termasuk Bahasa Melayu dan 2 subjek lain dan lulus Matematik; ATAU
  • Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Matematik; ATAU
  • Lulus O-Level dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam tiga (3) mata pelajaran dan lulus Matematik; ATAU
  • Lulus Sijil Kolej Komuniti setara Tahap 3 dalam bidang berkaitan; DAN lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) matapelajaran dan Lulus Matematik; DAN program pengukuhan (jika perlu); ATAU
  • Lulus Sijil (Tahap 3 MQF) dengan mendapat CGPA 2.0 dalam bidang berkaitan; ATAU
  • Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam satu (1) matapelajaran; ATAU
  • Lulus STAM (pangkat Maqbul); ATAU
  • Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

Struktur Pengajian:

Klik di sini

Prospek Kerjaya:

  1. Penolong Pegawai Bank
  2. Pembantu Pegawai Tadbir Pusat Zakat
  3. Eksekutif Pemasaran
  4. Perancang Kewangan
  5. Pembantu Pegawai Perakaunan
  6. Ejen Takaful
  7. Penasihat Kewangan
  8. Eksekutif Unit Pelaburan
  9. Broker

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *