Bachelor of Landscape Management (Hons)

Tempoh Pengajian

4 Tahun

Yuran Pengajian

Rm 45, 000 (Anggaran)

Lokasi

Kolej Universiti Agrosains Malaysia Lot 2020, Ayer Pa'abas, Alor Gajah 78000 Melaka Malaysia

Objektif Program:

Program 4 tahun ini direkabentuk bagi melahirkan graduan profesional dalam bidang hortikultur dan landskap.

Kurikulum program ini memberi penekanan kepada kefahaman asas saintifik, teknikal dan pengurusan dalam bidang hortikultur. Ini akan membolehkan mereka untuk menterjemah ilmu yang dipelajari kepada penggunaan teknologi hortikultur dan landskap untuk faedah manusia sejagat. Kursus-kursus dalam program ini merangkumi sains tanah, sains asas, tanaman hiasan, pembiakbakaan tanaman, rekabentuk tanaman, kerja pembinaan landskap, ekonomi dan pengurusan serta komunikasi. Aspek pengurusan sumber, perancangan dan penilaian perniagaan hortikultur dan landskap merupakan komponen integral dalam program ini. Selain daripada latihan dalam kampus, pelajar akan didedahkan dengan situasi sebenar dengan menjalani latihan praktikal di industri berkenaan.

Syarat Kelayakan:

  • Lulus Diploma yang berkaitan dengan minimum CGPA 2.0 dari institusi diiktiraf; ATAU
  • Lulus STPM  atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam dua (2) mata pelajaran; ATAU
  • Lulus Matrikulasi/Foundation/Asasi (IPTA/IPTS – yang dibenarkan menawarkan Foundation) dengan mendapat minimum CGPA 2.0; ATAU
  • Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam lima (5) mata pelajaran; ATAU
  • Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

Struktur Pengajian:

Klik di sini

Prospek Kerjaya:

  1. Pegawai Landskap
  2. Kontraktor Landskap
  3. Pengurus Nurseri
  4. Pegawai Hortikultur
  5. Pegawai Pertanian
  6. Pegawai Penyelidik
  7. Arkitek Landskap
  8. Perunding
  9. Usahawan
  10. Pensyarah
  11. Eksekutif Syarikat Swasta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *