Bachelor of Agriculture Science (Hons)

Tempoh Pengajian

4 Tahun

Yuran Pengajian

Rm 45, 000 (Anggaran)

Lokasi

Kolej Universiti Agrosains Malaysia Lot 2020, Ayer Pa'abas, Alor Gajah 78000 Melaka Malaysia

Objektif Program:

Program empat tahun ini direkabentuk bagi melahirkan graduan profesional dalam bidang sains  pertanian.

Kurikulum program ini merangkumi semua elemen  seperti , matematik, sahsiah, sains tanaman, botani, tanaman makanan, tanaman industri, biokimia pertanian, genetik dan sel, sains ternakan, sains tanah, pengurusan mikrob tanah, mikrobiologi industri, keusahawanan, genetik dan pembiakbakaan, entomologi, ekonomi dalam pertanian, mekanisasi dalam pertanian. Pelajar juga diberikan pendedahan semasa menjalankan latihan industri selama 12 minggu di agensi luar yang mempunyai kaitan dengan pertanian di samping amali ladang yang dijalankan setiap semester bermula dari semester ketiga. Ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar untuk memenuhi kehendak pasaran dalam bidang yang berkaitan.

Syarat Kelayakan:

  • Lulus Diploma berkaitan dengan minimum CGPA 2.0 dari institusi diiktiraf; ATAU
  • Lulus STPM atau setara dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.0) dalam dua (2) mata pelajaran DAN kepujian  Matematik di peringkat SPM; ATAU
  • Lulus STAM sekurang-kurangnya pangkat Jayyid; ATAU
  • Lulus Matrikulasi/Foundation/Asasi (IPTA/IPTS – yang dibenarkan menawarkan Foundation) dengan mendapat minimum CGPA 2.0; ATAU
  • Lulus UEC dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam lima (5) mata pelajaran; ATAU
  • Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

Struktur Pengajian:

Klik di sini

Prospek Kerjaya:

  1. Pegawai pertanian
  2. Pegawai ladang
  3. Usahawan tani
  4. Pensyarah
  5. Pegawai pendidikan
  6. Pegawai penyelidik
  7. Pegawai Tadbir
  8. Pegawai Sains
  9. Pegawai Penyelidik Pengajian Tinggi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *