Bachelor of Business Administration (Agriculture Management) (Hons)

Tempoh Pengajian

4 Tahun

Yuran Pengajian

Rm 38, 800 (Anggaran)

Lokasi

Kolej Universiti Agrosains Malaysia Lot 2020, Ayer Pa'abas, Alor Gajah 78000 Melaka Malaysia

Objektif Program:

Program ini direkabentuk untuk menyediakan pelajar ke arah kerjaya profesional dalam bidang pengurusan, kewangan, pemasaran dan perniagaan berasaskan produk pertanian. Aspek rantaian pertanian menjadi tunjang dalam program ini di mana graduan akan mendapat kefahaman menyeluruh tentang pengeluaran dan rantaian bekalan daripada pengeluar sehingga kepada pengguna. Kursus-kursus utama yang terdapat dalam program ini termasuklah pengurusan sains tanah, pengeluaran tanaman, ternakan, akuakultur, prinsip pengurusan, pemasaran, kewangan dan sumber manusia. Latihan industri, tesis dan kertas kajian turut memberi nilai tambah kepada graduan dalam program ini.

Syarat Kelayakan:

  • Lulus Diploma atau Diploma Lanjutan (Tahap 4 atau 5 MQF); ATAU Lulus STPM atau setaraf dengan minimum Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) matapelajaran DAN Lulus SPM dengan Lulus dalam Matematik dan Lulus Bahasa Inggeris; ATAU
  • Lulus Matrikulasi/Asasi dengan minimum CGPA 2.0; ATAU
  • Lulus STAM (pangkat Jayyid) DAN Lulus SPM dengan Lulus dalam Matematik dan Lulus Bahasa Inggeris; ATAU
  • Lulus Matrikulasi/Foundation/Asasi (IPTA/IPTS – yang dibenarkan menawarkan Foundation) dengan mendapat minimum CGPA 2.0; ATAU
  • Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia atau Senat UCAM

Struktur Pengajian:

Klik di sini

Prospek Kerjaya:

  1. Pegawai Pertanian
  2. Pegawai Tadbir
  3. Pegawai Penyelidik
  4. Pegawai Pemantau Harga
  5. Pensyarah
  6. Pegawai Perunding
  7. Penolong Pegawai Pertanian
  8. Penolong Pegawai Tadbir
  9. Penolong Pegawai Penyelidik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *