Biasiwa/Pinjaman Boleh Ubah Pendidikan yang Ditawarkan oleh Negeri Sabah & Sarawak

BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH

 

 

Kerajaan negeri Sabah menawarkan biasiswa kepada warganegara Malaysia yang berasal dari Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan salah seorang ibu atau bapa pemohon berasal dan dilahirkan di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan. Menariknya, permohonan terbuka kepada pemohon yang melanjutkan pengajian di mana-mana IPT tempatan tidak kira IPT awam mahu pun swasta. Walau bagaimanapun, biasiswa ini tertakluk kepada bidang pengajian tertentu sahaja.  Untuk info penuh mengenai biasiswa ini, sila klik pautan berikut : 

BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH

 

BIASISWA/PINJAMAN YAYASAN SARAWAK

 

 

Negeri Sarawak menawarkan biasiswa dan pinjaman kepada anak negerinya. Berikut adalah senarai biasiswa dan pinjaman yang ditawarkan :

 

 

Sungguh pun begitu, jika anda yang ingin membuat pinjaman, anda wajib memohon PTPTN terlebih dahulu. Sekiranya gagal dalam permohonan PTPTN barulah akan dipertimbangkan jika anda memohon pinjaman kerajaan negeri. Berkenaan dengan bayaran balik pinjaman, kerajaan negeri memberi beberapa potongan diskaun bayaran balik kepada pelajar sekiranya peminjam membuat permohonan insentif selain membuat bayaran balik secara konsisten seperti berikut :

 

  • Skim Pinjaman Pelajaran (dalam negara)
    • Insentif 75% : CGPA 3.50 ke atas
    • Insentif 50% : CGPA 3.00 ke atas / Pelajar (perubatan) yang berjaya menamatkan pengajian
  • Skim Pinjaman Pelajaran (luar negara)
    • Insentif 25% : Ijazah Kelas Pertama / Pelajar (perubatan) yang berjaya menamatkan pengajian
  • Skim Pinjaman Latihan Teknikal (PTK)
    • Insentif 50% diberikan kepada pelajar yang berjaya menamatkan pengajian
  • Skim Biasiswa Pinjaman Foundation in Engineering
    • Insentif 50% diberikan kepada pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dan melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Kejuruteraan (untuk pelajar Bumiputera sahaja)
  • Skim Pinjaman Program Penerbangan
    • Insentif 25% diberikan kepada pelajar yang berjaya menamatkan pengajian
  • Bayaran Balik secara keseluruhan atau penuh
    • Insentif 25% daripada jumlah baki pinjaman ditukar kepada biasiswa diberikan kepada peminjam yang membuat bayaran balik secara keseluruhan atau penuh 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *