Biasiwa/Pinjaman Pemboleh Ubah Pendidikan yang Ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Perak

PINJAMAN PEMBOLEH UBAH NEGERI PERAK

 

 

Pinjaman pemboleh ubah negeri Perak ini juga sangat menarik. Anak Perak yang melanjutkan pengajian ke Universiti Awam dan IPTS dalam pengajian diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran (PHD) dan mana-mana pelajar yang melanjutkan pengajian ke Jordan dalam bidang pengajian islam layak memohon pinjaman ini. 

Paling menarik jika berjaya menamatkan pengajian di kelas pertama PINJAMAN akan BERTUKAR kepada biasiswa!. Kalau tidak mendapat kelas pertama pun, tiada sebarang caj interest dikenakan. Bermaksud pinjam sebanyak itu, bayar pun jumlah yang dipinjam sahaja. Ada sesiapa anak Perak yang tidak tahu mengenai pinjaman ini sebelum ini?. Artikel ini khas untuk anda supaya anda tidak “surrender” kepada PTPTN semata – mata. 

Kepada yang bakal melanjutkan pengajian, masih sempat lagi memohon. Sila klik pautan berikut untuk ke laman rasmi permohonan: PINJAMAN PEMBOLEH UBAH NEGERI PERAK.

Sila klik juga info syarat permohonan dan senarai IPT yang ditaja. Sama juga, kalau gagal ke UA boleh mohon ke IPTS yang ada di dalam senarai tajaan. Buatlah keputusan yang berbaloi keputusan semasa hendak memilih IPTS yang terbaik selain program pengajian yang diminati dan juga diiktiraf oleh MQA. 

“HIDUP ZAMAN SEKARANG PERLU PANDAI MENCARI PELUANG, PANDAI SAHAJA TAK CUKUP”

SEMOGA BERJAYA!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *