Biasiwa/Pinjaman Pemboleh Ubah Pendidikan yang Ditawarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor

PINJAMAN & BIASISWA NEGERI SELANGOR

Ramai tak rakyat Selangor di sini? Kami nak kongsikan beberapa biasiswa serta pinjaman yang boleh didapati oleh pelajar dari Selangor.

Biasiswa yang ditawarkan oleh kerajaan negeri Selangor ini sangat sangat menarik perhatian kami. Banyak jenis biasiswa dan pinjaman yang ditawarkan kepada rakyat Selangor yang mungkin ramai pelajar tidak tahu. Jadi, kami akan kongsikan senarai biasiswa serta pinjaman yang berada dibawah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS). Sila klik senarai biasiswa dan pinjaman untuk maklumat kelayakan dan info lanjut permohonan serta info info lain. 

 

 

  • Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor 
    • Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor merupakan pembiayaan dalam bentuk pinjaman TANPA FAEDAH (ZERO INTEREST) untuk anak-anak Selangor yang mengikuti pengajian sepenuh masa sama ada di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda pertama di institut pengajian tinggi awam serta swasta dalam negara. Walaupun ianya pinjaman tetapi lebih baik berbanding pinjaman lain termasuklah PTPTN kerana ianya tidak mengenakan sebarang “bunga-bunga cinta”. Bertuahlah rakyat Selangor sekalian. 

 

  • Program Khas Peduli Siswa 
    • Biasiswa ini ditawarkan khas untuk pelajar yang melanjutkan pengajian di UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, SHAH ALAM, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PUNCAK ALAM, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, SUNGAI BULOH, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA, GOMBAK, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SERDANG untuk sebarang pengajian diploma, ijazah kelas pertama dan ijazah perubatan. Biasiswa ini akan dibuka pada 1 Februari hingga 28 Februari 2018 nanti! Jangan lupa rujuk ke laman kami atau terus ke laman rasmi biasiswa bagi membuat permohonan. Rugi sangat kalau terlepas bantuan ini!

 

 

  • Program Khas Biasiswa Selangorku
    • Program ini merupakan satu program Biasiswa khas untuk anak Selangor yang belajar di IPTS UNISEL dan KUIS dari luar bandar dan berpendapatan rendah. Biasiswa ini mudah untuk didapatkan. Dapat sahaja surat tawaran, sudah boleh memohon.

 

  • Program Khas Selangor Brain Bank
    • Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor menawarkan biasiswa penuh bagi pengajian Doktor Falsafah (PhD) di universiti terkemuka luar negara.

 

Bertuahlah rakyat Selangor di atas pengurniaan pinjaman dan biasiswa ini. Jadi, jangan lupa untuk memohon. Kepada rakyat Selangor yang gagal dalam permohonan UPU kelak, mohonlah ke IPTS yang layak untuk diberi pinjaman atau pun biasiswa. Tidak perlu ikut kawan, cukuplah diri sendiri yang menilai kedudukan kita di mana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *