10 PEKERJAAN PALING DIKEHENDAKI DI MALAYSIA

Pelbagai pekerjaan ditawarkan di negara ini dan juga banyak peluang pekerjaan yang setiap hari diiklankan melalui surat khabar, internet, brosur dan media massa lain. Tapi anda harus cakna peluang pekerjaan apa yang paling dikehendaki di Malaysia kini. Dengan ini anda dapat melakukan persediaan mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan di sesebuah syarikat di Malaysia.

Jadi, bidang pekerjaan apa yang paling dikehendaki dan diperlukan di Malaysia kini?

1. Sales & Marketing (Jualan dan Pemasaran)

Kerja yang lebih kepada menjual sesuatu produk atau servis kepada pelanggan. Pemasaran pula ialah seni untuk hebahan tentang sesuatu kepada khalayak umum.

(juru pemasaran, akauntan, agen insurans, kereta, perbankan, wakil jualan produk, perunding pengiklanan, tele pemasaran)

2. Engineering & Technical & Programming ( Kejuruteraan dan Kerja Teknikal dan Pengaturcara)

Pekerjaan yang lebih kepada menyelia dalam mereka sesuatu produk dan membaiki sesuatu produk. Jurutera dan juruteknik cenderung untuk kerja kerja hardware, manakala pengaturcara pula lebih kepada kerja kerja melibatkan software.

( Juruteknik mekanikal, kejuruteraan, juru elektrik, rekaan industri, juru teknikal, juru teknik komputer, program komputer dan lain-lain)

3. Hospitality & Catering ( Hotel, Pelancongan dan Katering)

Pekerjaan ini pula merupakan pekerjaan yang lebih mengutamakan pelanggan serta saling berkomunikasi dengan pelanggan dan menjaga imej serta memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan tetamu.

( Pengurusan hotel, restoran, katering, chef, seni kulinari, penyambut tetamu, pemandu pelancongan, juruterbang, flight attendant, stewardess, waiter, agen pelancongan, receptionist hotel, bellboy hotel, Chef de partie, perkhidmatan pelanggan, public relation hotel, pengemasan bilik)

4. Accounting & Finance (Perakaunan & Kewangan)

Pekerjaan yang berkaitan dengan pengiraan dan kewangan. Selain itu, perlu mengimbangkan akaun, merekod dokumen-dokumen perakaunan dan kewangan.

(Akauntan, pegawai bank, insurans, kerani, cukai, pegawai audit, pegawai taksir dan lain-lain)

5. Clerical & Administrative (Pengkeranian & Pentadbiran)

Kerja kerja di ofis dan dokumentasi dokumen penting.

(Kerani, pembantu pengurus pentadbiran, setiausaha, pembantu peribadi, pegawai sumber manusia dan lain-lain)

6. Management (Pengurusan)

Pekerjaan yang lebih fokus kepada pengurusan sesuatu syarikat.

(Pengurus perniagaan, pembantu pengurus hotel / restoran, pengurusan sumber manusia, pengurusan majlis, pengurusan banquet, pengurusan persidangan dan lain-lain)

7. Art, Design & Media (Media)

Pekerjaan yang lebih kepada seni dan kreativiti yang banyak mencari dan mengekspressikan idea-idea yang unik

(Pereka grafik, seni visual, perfileman, pereka landskap, sunting, video, animasi, pengiklanan, pereka fesyen, pendandan rambut, kosmetik dan lain)

8. Telecommunication (Telekomunikasi)

Pekerjaan yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang selalunya berkaitan alat-alat telekomunikasi dan teknologi

(Pembantu jualan barangan komunikasi, juruteknik talian, unit penyelenggaraan kawalan talian)

9. Medical & Health

Pekerjaan yang berkaitan sains kesihatan dan fizikal.

(Jururawat, doktor, pergigian, pembedahan, pengurusan fisioterapi dan lain-lain)

10. Education (Pendidikan)

Pekerjaan yang mendidik dan memberi ilmu untuk dimanfaatkankepada anak-anak didikan.

(Guru , guru tuisyen, pensyarah, pengatua, guru besar, jurubahasa dan lain-lain)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *